Followers

Tuesday, 11 December 2012

TENTANG JIN....

Asal usul jin...

jin makhluk ciptaan ALLAH. berasal dari alam yang berbeza daripada alam manusia dan malaikat. mereka adalah makhluk mukalaf yang memiliki kecerdasan serta dibebani dengan tanggungjawab-tanggungjawab syariat. mereka juga memiliki kemampuan memilih jalan yang baik dan buruk.
ALLAH menyatakan :
"Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang saleh dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. adakah kami menempuh jalan yang berbeza-beza"
( surah al jin: ayat 11 )

Nama-nama jin

  • jin : Golongan jin yang sebenar.
  • Syaitan: Golongan jin yang membuat kerosakan serta maksiat.
  • Maarid: Golongan jin yang lebih teruk daripada ifrit.
  • Ifrit: Golongan jin yang lebih teruk daripada maarid
  • Ammar atau Awamir: jin yang tinggal bersama manusia
  • Ummul Syibyan: jin yang sering mengganggu anak kecil
  • Al-Hin: jin berbentuk anjing dan yang paling rendah tarafnya.
  • Nisbi atau Nasibin: sebaik-baik jin.
Golongan jin

ada 3 golongan jin iaitu segolongan yang terbang di udara, segolongan yang menyerupai anjing dan ular serta segolongan lagi yang menetap dan berpindah randah.

jin tinggal di alam yang berbeza berbanding alam malaikat dan manusia. mereka adalah makhluk yang berakal dan bernafsu. oleh itu mereka dituntut dengan perintah dan larangan melalui nabi. ada antara mereka yang beriman dan ada yang kufur.

Kemampuan jin
  1. cepat bergerak dan berpindah randah.
         -> golongan jin mampu bergerak dan berpindah. ada yang mampu menembus tempat yang tinggi di langit bagi mencuri berita dari langit. ini tidak mampu ditandingi oleh manusia walaupun dengan peralatan moden dalam al-quran. Allah menjelaskan kemampuan jin ifrit:
   " berkata ifrit ( yang cerdik) daripada golongan jin,aku akan datang kepadamu dengan membawa singgahsana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu. sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai'."
 (surah an-Naml: ayat 39)

  2. Terbang

->  golongan jin mampu terbang dan naik ke tempat yang tinggi di langit bagi mencuri beita-berita yang belum terjadi. ayat Allah ada menceritakan
" dan sesungguhnya kami cuba mengetahui (rahsia) langit, maka kami mendapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah-panah api. dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan ( berita-beritanya). tetapi sekarang sesiapa yang cuba mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai  ( untu membakarnya)."
( surah al-jin: ayat 8-9)

  3. Memiliki ilmu arkitek (pembinaan)
     -> Allah mengabulkan doa Nabi sulaiman bagi menundukkan jin, mengarahkan golongan jin supaya bekerja sedangkan pekerjaan yang diamanahkan memerlukan kepakaran yang tinggi, kecerdasan, kecergasan dan ketangkasan. Allah menyatakan:
"Para jin itu membuat untuk nabi sulaiman  apa yang dikehendakinya daripada gedung-gedung yang tinggi, patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada di atas tungku bekerjalah hai keluarga Daud bagi bersyukur kepada Allah dan sedikit sekali daripada hamba-hambaku yang berterima kasih.Maka tatkala kami menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka  kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia tersungkur, tahulah jin itu bahawa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan" 
( surah Saba: ayat 13-14)

4.Berubah bentuk
  -> jin dengan izin Allah mampu mengubah bentuknya. Mereka yang dapat menyerupai ular, kala jengking, unta,sapi, kambing, keldai, burung, bahkan mampu menyerupai manusia. contohnya jin mampu menyerupai Suraqah bin Malik bin Jasam bagi menemui orang kafir Quraisy, Allah menyatakan:
" Dan ketika syaitan menjadikan mereka memandang baik pekerjaan mereka dan mengatakan, 'tidak ada seorang manusia pun yang dapat menang terhadapmu pada hari ini dan sesungguhnya aku ini adalah pelindungmu'. maka tatkala kedua pasukan itu telah dapat saling lihat -melihat ( berhadapan), syaitan itu balik ke belakang seraya berkata, sesungguhnya aku dapat melihat apa yang kamu sekalian tidak dapat melihat. Sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat keras seksaNya."
 ( surah al-Anfal: ayat 48)

jin atau syaitan juga mampu menyerupai haiwan seperti anjing dan kucing hitam. mereka menyukai warna hitam hitam kerana hitam mampu memperkukuhkan kekuatan mereka berbanding warna lain. Rasulullah pernah menjelaskan, anjing hitam yang lalu dapat mengganggu orang yang solat. semasa Rasulullah ditanya berkenaan sesuatu yang berwarna hitam, beliau menjawab: "anjing hitam itu adalah syaitan". 

No comments:

Post a Comment