Followers

Friday, 28 December 2012

TENTANG AKU

aku ni gadis yang simpel je... aku memang suka berkawan... :) :) :)

aku dilahirkan di hospital besar kuala lumpur.. orang kl ye..hehehhee tapi aku dibesarkan di negeri sembilan....( dok ngn atok n nenek) :)
 ramai yang tanya aku ni asal orang mana, aku pun pening gak nak bagi jawapan kl or n9.huhuhuhuh
 jadi jawapan yang paling senang cakap jelah orang nogori... huhuhuu... tapi jangan salah faham, aku bukan orang negeri tulen.. hanya menetap sahaja..:) keluarga aku asal semua kat muar johor, ( orang jawa) .. tentu tertanya-tanya kan kenapa aku leh duduk kat negeri sembilan.. atok aku dapat felda di negeri sembilan.. jadi kami menetap di sana..


inilah atok dan nenek kesayangan aku 

dari kecil sampailah sekarang ni atok dan nenek aku yang jaga aku.. syukur alhamdulillah atok dan nenek aku masih bersama dengan aku lagi..

aku memang rapat dengan atok aku.. dari kecil aku dah biasa panggil atok aku dengan panggilan abah dan nenek aku pula panggilan emak..

abah dan emak aku banyak berkorban untuk cucunya yang sorang ni, dari kecil sampailah sekarang.aku sayang sangat-sangat dengan abah dan mak..


 aku memang manja dengan abah aku ni. memang paling rapat.. abah aku yang paling faham tentang diri aku ni.. atok aku ni lah pengganti ayah aku yang dah lama tak ada.. abah aku nilah tempat aku mencurahkan dan dapat kasih sayang seorang ayah. Bukan mudah nk hidup tanpa kasih sayang seorang ayah. tapi aku bersyukur sebab ALLAH maha penyayang, ALLAH gantikan atok aku sebagai abah aku untuk aku merasai kasih sayang seorang ayah.


nenek aku pula, aku panggil emak, dari kecil sampai besar merekalah yang jaga aku..
aku bersyukur sangat-sangat ALLAH beri aku kesempatan dan peluang untuk hidup dimuka bumi ciptaanya yang indah.

masa aku SPM dulu, aku dapat result yang tak memuaskan, bila abah aku melihat result SPM tu, air muka abah aku berubah, maafkan adik abah sebab tak buat yang terbaik untuk SPM. 

lepas aku habis SPM pada tahun 2009, waktu itu aku berumur 18 tahun.aku bekerja di pasaraya BILLION bahau. gaji pada waktu tu basic hanya RM 450.. untuk perbelanjaan sebulan memang tak cukup dalam keadaan aku duduk di rumah sewa..  aku kerja dalam beberapa bulan, pada waktu itu aku amat memahami bahawa nak mencari duit bukan mudah.. hanya kerja dipasaraya sampai bila. pada waktu tu aku sedar bahawa ilmu memang amat penting . aku mengambil keputusan untuk sambung ke peringkat diploma.

aku mohon masuk ke kolej ptpl shah alam dan pada waktu itu memang menggunakan wang untuk permulaan. abah aku usahakan mencari wang untuk aku sambung belajar.. sebak hati aku melihat kesungguhan abah aku. pada waktu tu pokok getah di felda tempat aku dah ditebang, hanya tunggu duit sara hidup yang hanya dapat RM 1000.
 nampak jumlah memang banyak tapi untuk perbelanjaan sekeluarga memang tak cukup.

pada waktu tu aku bernekad dan berazam akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan...


masa semester satu aku berazam akan dapatkan keputusan yang cemerlang.. bila nak dekat dengan final exam masa semester satu, aku dah mula tak sihat, tapi aku gagahkan juga untuk capaikan hasrat aku yang sebenar. saat aku nak ambil result pada waktu itu, hati aku berdegup kencang, macam-macam yang aku fikir. lulus ataupun tidak. waktu tu aku berserah saja pada yang maha esa.. bila aku dapat result. aku lepak jap kat tepi tangga, aku tak tengok lagi result aku. aku tengok membe-membe aku dulu..huhuhuhu ,,,,

bila dah tengok result membe-membe aku, result aku pula yang aku tengok. saat aku lihat pointer dan gred yang aku dapat, aku terus melompat keriangan.. nasib baik aku tak jatuh kat tangga waktu tu...   aku dapat  3.68 pointer.. YA ALLAH , syukur sangat-sangat.. berita gembira aku sampaikan pada abah aku.. aku call abah aku, aku dengar suara abah aku ceria bila mendengar result aku. aku tak sangka abah aku menangis kerana terlalu gembira..


huhuhuhuu... panjangkan cerita aku.. eh tapi tak habis lagi cerita ni.. meh sambung lagi.heheheheh



gambar ni adalah membe aku, yang atas am, yang bawah awal dan azie.. mereka ni banyak bantu aku masa aku susah dan sentiasa bersama aku susah dan senang.. terima kasih kawanku.. jasamu tak akan aku lupakan hingga akhir hayat.

naik je semester dua, kesihatan aku semakin tak menentu, aku terpaksa tangguh pengajian untuk dua semester agar aku sihat sepenuhnya. memang berat ujian yang aku terima, tapi aku yakin ada hikmah disebalik dugaan ini.

dengan kesihatan aku yang tak menentu, semester dua pointer aku jatuh.. pada waktu tu aku memang sedih sangat-sangat. semangat aku mula hilang.. hanya ALLAH yang faham perasaan aku pada waktu itu.. aku dapat 3.34 pointer pada waktu tu...

aku mula masuk semester yang ketiga, aku mula kenal dengan seseorang.. dia banyak bagi semangat pada aku, dorongan dan aku dapat rasakan kasih sayang yang ikhlas pada dirinya ..

perasaan yang hadir, tak pernah aku rasai ,rasa rindu, sayang. rasa yang bukan dipaksa tapi hadir dalam hati..dan dia pun turut sama merasakan. semenjak hubungan aku dengan dia semakin rapat, semangat aku untuk teruskan kehidupan ini semakin kuat.. terima kasih YA ALLAH aku bersyukur kerana pertemukan kami..

dia amat memahami aku, bagi sokongan pada diri aku dan pada waktu itu aku mulakan hidup baru untuk teruskan kehidupan dan berusaha untuk berjuang dalam menuntut ilmu.


inilah dia.. MUHAMMAD ALIFF BIN ZAINAL ABIDIN

 hubungan kami tak kekal lama, pelbagai dugaan yang datang.. aku pasrah dengan ketentuannya. tiada jodoh antara kami.. sekarang buat haluan masing-masing mengejar cita-cita. in shaa allah sekiranya memang tertulis jodoh kami, ALLAH akan satukan kami kembali satu hari nanti..
lelaki yang terbaik yang hadir dalam hidup aku,, sampai akhir hayat aku tak akan lupakan dia..

  dugaan yang datang memisahkan kami, pada waktu aku berada di semester tiga dan pada waktu itu hampir dengan waktu final exam. memang aku berasa sedih, tetapi aku fikir positif apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.. aku nekad pada diri aku untuk teruskan perjuangan.. akhirnya aku dapat result yang tak dijangka dalam keadaan begitu.. hanya doa yang mampu untuk aku meminta kepada yang MAHA ESA. aku dapat result iaitu 3.52 pointer.. pointer aku dah naik semula. aku syukur sangat-sangat. 

terima kasih MUHAMMAD ALIFF BIN ZAINAL ABIDIN, banyak bagi semangat n sentiasa berada disisi ketika aku memerlukan.. aku bersyukur sangat-sangat...

dengan berita yang menggembirakan tu, aku sampaikan pada abah dan mak aku,, abah dan mak aku gembira sangat-sangat..


bukan mudah nak hadapi sesuatu ujian, tetapi aku yakin ALLAH sentiasa berada bersama aku sama ada aku susah ataupun senang.

 kini aku harus teruskan perjuangan dalam menimba ilmu dan sabar serta tabah untuk hadapi segala ujian yang mendatang.. aku bersyukur diberikan dugaan ini kerana ALLAH sayangkan aku.. syukur dengan dugaan ini hikmahnya aku lebih mendekatkan diri kepada tuhan maha pencipta iaitu ALLAH..

apa yang aku cerita ni bukan untuk suka-suka, tapi pengalaman yang aku alami membuatkan aku lebih fikir dengan matang.. sungguh bila mengerti erti kehidupan ini, memang sebak dan bersyukur diberi peluang untuk hidup...

manfaatkanlah hidup kita dan menghargai orang yang menyayangi kita, rasa kasih dan sayang itu sebenarnya kita rasa dengan keizinan ALLAH. bersyukur pada ALLAH dengan rasa kasih dan sayang itu kita akan rasa bahagia dalam hidup kita... :) 


  

No comments:

Post a Comment