dah beberapa hari aku tak sihat.. susah nak tidur malam.. gangguan yang membuatkan aku semakin resah.. sampai bila harus begini.. walaubagaimanapun aku mesti sabar dan tabah untuk hadapi semua ni..
hati,,, hati amat penting untuk dijaga.. ye,, amat penting untuk dijaga.. melakukan sesuatu perkara ikhlas kerana Allah. sekiranya ada rasa hasad dengki dlm hati, muhasabah diri kembali...
kadang-kadang kita ada melakukan kesalahan yang menyebabkan orang disekeliling kita terasa, tetapi seharusnya di dalam diri memupuk untuk berfikiran positif dan berbincang untuk menyelesaikan masalah.
apa yang kita lakukan sama ada baik atau buruk pasti akan mendapat balasannya... memberi kebahgiaan dan kasih sayang kepada orang lain, pasti kamu akan dapat kembali sama ada lambat atau cepat.. kamu membuat hati orang lain terluka dan menderita, pasti kamu akan mendapat balasannya walaupun pada masa itu kamu melihat kesengsaraan hidupnya adalah kebahgiaan dalam diri kamu... cukuplah dan hentikanlah melakukan dan membuat hidup orang lain sengsara di atas perbuatan mu itu...
pernah juga aku berasa dendam apa yang dilakukan terhadap diri aku.. sungguh menyakitkan dan membuatkan hidup aku sengsara.. tetapi bila aku fikir kembali...tak ada gunanya untuk aku menyimpan dendam yang akan menghancurkan hidup aku lagi... memaafkan adalah jalan terbaik... dunia ini memang pentas ujian..di akhirat sanalah kita akan mengetahui baik buruk kita banyak mana..
kini aku sedar bila-bila masa ajal akan tiba,, sama ada sempat atau tidak untuk bertaubat.. sungguh aku berasa gentar... :'( :'( :'(
No comments:
Post a Comment